NADI – CYBERSECURITY: Cara Gunakan Wifi Awam Dengan Selamat
27 Mac 2026 | Aktiviti Terkini26 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI - CYBERSECURITY: Cara Menggunakan Wifi Awam Dengan Selamat. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Cik Maisarah. Seramai 1 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Kelas cybersecurity ini menerangkan cara menggunakan WiFi awam dengan selamat. Peserta didedahkan tentang risiko seperti kecurian data dan serangan Man-in-the-Middle Attack. Antara langkah keselamatan ialah mengelakkan transaksi sensitif, menggunakan VPN, memastikan laman web mempunyai HTTPS, serta mematikan sambungan automatik. Peserta juga belajar mengenal pasti rangkaian palsu dan kepentingan kemas kini peranti bagi melindungi maklumat peribadi semasa melayari internet di tempat awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: